Bila musim bah

Naim  ni, pelbagai ragamnya sepanjang hari. Masa ok tu elok je dia main kat depan, kat belakang, kat tengah ataupun kat dalam mana-mana bilik. Masa dia mula nak buat perangai tu mulalah melekat je dengan mama dan merengek pelbagai gaya.
Cuacakan hujan sekejap sekejap sepanjang hari. Orang lain sejuk, dia panas memanjang je. Mana dia berada wajib dia minta pasangkan kipas. Siap tunjuk gaya panas, selak baju  lagi kalau tak dipasang kipasnya.
Tengah cuaca hujan pun Naim suka ulang mandi banyak kali. Baru pukul 2 petang ni dia dah tiga kali masuk bilik air. Yang tak tahannya mamalah sebab pasti baju basah kerana  disimbah dengan air oleh Naim ni. Bukan dia nak benarkan saya tutup dulu air dari pemanas tu semasa dia tak guna air tu.
Baju satu hal. Berapa kali dia mandi pasti nak tukar baju lain walaupun tak kotor. Geram betul..dahla musim hujan ni baju tak kering.. beriya letak bawah kipas pun bukan keringnya dalam sejam dua kalau cuaca mendung gelap je..dah la mama diorang ni kali ni bawa baju tak banyak, kononnya nak barang sikit, tak macam selalu..
Papa.. nilah aktiviti dua beradik ni sebelum tengah hari. Tunggu papa balik.. merenung ke arah jalan raya.. ini sebelum diorang mulakan aktiviti memanjat..dah panjat tu mula letih, diorang mula minta nak mandi.. lepas tu baru kurang sebut lagi pasal papa...

Comments

  1. hahah..klaka la naim nih....aunty sejuk nih naim ....naim x sejuk ke?

    ReplyDelete
  2. Protes sebab papa tinggal, protes panas. hahahhaa macam2. Maybe dia betul2 panas kot, budak lasak tak duk diam kan, metabolisme tinggi. Macam orang peknen pulak, orang lain sejuk ketar, am boiling hot. Ni tengah pening nak pack baju apa untuk JJ, takut panas sangat, takut sejuk pun ada ujan2 ni. Tapi better sejuk than panas la for her, kang macam Naim kejap2 nak mandi hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. sejuk macam ni agaknya memang tak ada apa bg JJ yang dah biasa suhu negatif tu.. haa.. rasanya JJ pun akan ulang mandi bika balik sini. Jumpa ramai orang, tempat yang dia jarang jumpa pasti buat dia teruja...

      Delete
    2. ulang mandi ok lagi, takut duk gelepar nak main ujan adoi naya. tapi loh gi ko dio. hehehe Naim Nazif tunggu JJ tau.

      Delete
  3. Dia kerinduanlah cikgu. Tu yg peel semacam je. Sbr ye Naim cayang? Pejam celik je tu.

    ReplyDelete
  4. Oh, bab tukar baju tu AN, kalau kat rumah sini sayalah championnya. Anak baru pakai tak sampai sejam, saya dah buka baling masuk bakul baju kotor. Kitakan memang suka membasuh dan melipat :D Tapikan kalau ke mana-mana tak penuh kereta memang tak bolehlah rasanya walaupun kebanyakan pakaian tak digunakan pun. Budak berdua tu dah kurang sikit rindu kat papanya ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahla.. nampak naim dh jarang minta saya call papa dia.. tp mulutnya banyak kali juga sebut papa sepanjang hari...

      Mak yg rajin kemas nampaknya MD ni..

      Delete
  5. musim dingin skrg ni..bdk2 kuat main..berpeluh badan tu yg asyik nak mandi aje..lps tu baju bertimbun..yg smlm tak kering lagi..hehe..peningkan..ringan sgt ujian yg Allah bagi pada kita.tak habis kita merunggut...sabarlah org2 yg di timpa musibah.

    p/s lauk knor tu ikan kembung msk singgang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya entry ni dah jadi merungut merintih ye.. tak perasan saya tadi. Terima kasih akak. Atas teguran membina ni... lain kali saya akan lebih berhati hati semasa menulis k..

      Delete
  6. lawa langsir.... eh!. lari tajuk pulak..
    I pun sama Aisy, heran dgn anak bujang I, kita sejuk dia panas je manjang. Itu kot
    yg membezakan lelaki dgn perempuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. mmg tak kena dgn tajuk. Ni mesti baca sikit2 je ni..

      Delete
  7. sebab mandi air panas kot, tu yg dia rasa sedap sgt mandi.. hihii.. kalau air paip biasa tu, alahaiiiii sejuk betoi kan

    ReplyDelete
  8. Kain umah saya pun byk. Kena bantu bawak masuk umah sikit kot. X kering2 duk luar tu.

    Kemain rajin mandi naim ye. Hehehe

    ReplyDelete
  9. assalam AN teringat masa anak2 kecik ulu..sehari 5..6 kali mandi dan salin baju.
    kalau musim hujan macam ni..acik pi gosok bila baju2 dah kering tapi sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. bagus cadangan acik ni.. kena gosok jugalah nampaknya.. mmg makin banyak baju tak kering di ampaian tu.

      Delete
  10. budak aktif n bukan kira hujan,panas je memanjang..mungkin naim betul2 panas..tak pun protes rindu kat papa la tu..

    untung rajin mandi..aiman paling malas mandi.hari2 bertegang urat dengan dia,high volume semedang padahal suruh pegi mandi je pun..tak tau la turun perangai sapa.hakhak

    ReplyDelete
  11. Main2 juga tp kna pantau gak kan musim hujan tkt demam je nnt ;)

    ReplyDelete
  12. bagusnya nak mandi selalu...acik ni naim, nak berus gigi pun mengigil...hahaha

    ReplyDelete
  13. heheeh naye laaa jadinye yeak...dah nak tgu baju kering pun lambat...lieya ni dah due kali bawak baju2 yg dah cuci gi laundry tuk keringkan....tapi takleh buat selalu....cepat rosak baju kan....lembik lain mcm bile keluar dari mesin pengering tuh.....

    gitu lee peel anak bujang kan....memanjant mmg no satu heheheh...tapi comel plak lieya bace demand nak mandi sellau tu....suke main air la tuh...

    ReplyDelete
  14. wah..bagus sggh laa nak mandi sll...hihih..bab baju ssh nak kering time hujang ni..mmg arr..dah rupa pasaraya dah rumah akak..hihi..

    ReplyDelete
  15. Papa N sure lima puluh kali rindu kat anak.....seribu kali pulak kat mama hehe....
    Anak tgh kecik gitulah AN....sabar aje le melayan mereka....penatkan...okje dulu masa mereka kecik ada maid....sekarang je tukar dah jadi bibik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung lah gitu..ada maid tlg Okje..kurAng stress sikit kan.?

      Delete
  16. Naim.. sian kat mama.. huhu..

    ReplyDelete
  17. rindu kt papanya lah tu. alhamdulillah harini pun cuaca dh cerah. baju pun kering

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?