Budak demam diajak ke taman

Hari Malaysia kami tak ke mana. Nazif tiba tiba demam.. Panas sangat badan dia sejak pagi semalam, jadi kami menghabiskan masa di rumah sahaja.
Naim ni kalau tak buat apa-apa mulalah lain macam. Berkali kali dia tolak adiknya. Sian kecil, dah la demam masa tu. Jadi, bila petang, papa ajak semua pergi ke taman. Kononnya nak bagi Naim main dan Nazif dapat keluarkan peluh.
Naim macam biasalah, pakai baju tidur sepanjang hari. Pergi taman pun pakai baju tidur


Bila dah sampai, seronoknya kedua-dua Ahmad ni. Nazif pun berlari sana sini, tak macam orang demam. Semoga cepat baik ye adik.. rasanya demam kali ni sebab Nazif nak naik gigi. Boleh nampak ada 3 batang gigi baru nak keluar. Makin hensomla anak mama ni nanti.


Sejam bermain tu, tentulah penat juga. Tengok kat tepi kawasan taman tu ramai yang jual macam-macam. Melihat orang menjual ais krim, buah dan sosej bakar, rasa seronoknya. Diorang ni menjual daripada motor dan kereta je, tapi banyak juga hasil jualannya melihatkan orang yang beratur nak membeli. Terus teringat teguran anak buah saya kelmarin, supaya mulakan bisnes yang kecil dulu kalau betul nak cuba berniaga. Apalah ye nak meniaga ni?

Comments

  1. Alahai siannya Nazif....
    Mungkin jugak tu AN nak tumbuh gigi...
    Teringin gak berniaga tapi tak tau nak berniaga apa...kalau boleh nak meniaga yg dpt pulangannya cepat hehe...ada ke?

    ReplyDelete
  2. Moga cpt sembuh si comel. Hihi cam syafiq, asik nak baju tido je dia

    ReplyDelete
  3. get well soon Nazif, autie sokong kata mama.. makin hensem nazif lepas ni :)
    kalau kwn2 dulu suka berniaga kain pasang... mmg boleh dapat murah kalau beli sekodi.. hasil pun nampak memberangsangkan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?