Buang bayi kerana tak suka?

Geli hati saya semasa mendengar pendapat yang dikemukan oleh pelajar tingkatan 2 berkenaan dengan tajuk faktor pembuangan bayi. Ada ke budak tu jawab , pembuangan bayi berlaku kerana ibu tak suka bayi tersebut. Saya tanya balik, ibu tu sakit jiwa ke? Dia jawab semula, bukan sakit jiwa. Dia tak suka sebab bayi suka menangis....

Ai... sesuka hati je jawapan korang ye.. namun, ini sebenarnya melambangkan pengetahuan murid yang cetek.

Normalnya, ada ke orang bengang sangat dengan anak
 sendiri yang suka menangis.. saya jelaskan macam tu, semoga pelajar tersebut mendapat sikit pencerahan...

Sejuk hati bila berhadapan dengan anak sendiri, kan???
Mak tak makan pun tak apa, yang penting anak cukup makan, kan? Apa lagi nak buang...aii..

Comments

  1. haha..kalau darjah 2 jawab mcm tu,mungkin boleh diterima...
    ragam bayi bkn sama setiap hari..ada ketikanya tido memanjang,ada ketikanya merenggek 24 jam..so hadapi kerenah mereka dgn sabar dan penuh kasih sayang..
    (kdg2 akak bengang jugak,ibu yg suka marah2 bila bayi nangis..masa tu berkatalah dlm hati..tau buat anak ja..:)

    ReplyDelete
  2. Org yg buang anak kakak pasti seumur hidup akan diburu rasa bersalah. Sedang kita kisah masa kita berkelahi dgn kawan masa kecik pun ingat inikan pula kesalahan membunuh...

    Kakak tengok anak-anak comel pun dah suka apa lagi kalau anak sendiri Aisy..

    ReplyDelete
  3. Ada beberapa sebab org buang anak.... klu org zmn dulu lain kisahnya, skrg ni lain alasannya.

    Zmn dulu, even anak ***** sekalipun, ibu2 tersebut masih tebalkan muka menjaga hingga dewasa..... tapi kes khurafat pula jadi asbab.. contohnya mcm kawan I tu, emak kandung dia "buang" dia sbb percayakan cakap bomoh kata dia anak pembawa sial... (nauzubillahiminzalik... ada jugak org tak bertamadun camtu ye). Zmn skrg punya kes.. takde lain hanya disebabkan keterlanjuran dan malu dgn msykt sekeliling.

    ReplyDelete
  4. Org lain tu habis berpuluh ribu nk dapatkan anak, snggup ambik anak angkat , boleh pulak sesuka hati nak buang2. Budak form 2 jawab mcm tu mungkin kurang pendedahan dan pencerahan.

    ReplyDelete
  5. Kalau ia dilahirkan dengan ikatan yang sah dan lahir dari kasih sayang mungkin tak terjadi macam tu AN...tapi bila sebaliknya dan ditambah dengan rasa malu yang menebal harus jugak pembuangan bayi itu berlaku... manusia ada kalanya akan hilang pertimbangan!

    ReplyDelete
  6. bakpo gambar bwh tu diblurkan?motip!!hihi

    ReplyDelete
  7. ceteknya pemikiran budak2 skrg.. dh bawa 9 bln lepas tu nk buang pula

    ReplyDelete
  8. hehehehe, boleh pula mcm tu... belum cukup ilmu lagi, tp bagus juga sbb kita boleh tahu cara budak tu berfikir...
    lepas tu AN cerita tak, kenapa ramai bayi kena buang skrang ni? secara tak langsung, boleh didik pelajar2 dari buat benda bukan2 tu...

    ReplyDelete
  9. Anak haram... Manalah nak subur rasa kasih syg dlm hati si ibu tu

    ReplyDelete
  10. Jawapan ikhlas, mereka tak dapat relate lagi kot topik ni dengan diri, tapi ni la masanya yg sesuai untuk mula didik depa kan. Actually apa yg I perhati, kes buang anak ni semua berpunca dari masyarakat kita, too judgmental. Suka mempersalahkan, tanpa membetulkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?