Bodek

Kalau bodek untuk perkara yang tak melampau ataupun bodek untuk tujuan yang baik, apa salahnya kan?

Teringat semasa kalut buat kerja minggu lepas, memang dengan niat bodek saya buat baik dengan akak kerani sebab nak minta dia fotostatkan bahan untuk kelas saya. Mulanya dia macam tak nak buat. Banyak kerja katanya. Saya pun pujuk la., " sian akak kan. Cikgu -cikgu ni selalu bagi akak kerja kan? Macam mana akak nak gemuk kalau macam ni, cikgu bagi time tu, nak pun time tu juga. Ambillah coklat ni." Kebetulan ada coklat cadbury dalam beg saya masa tu.

Alhamdulilllah, tak jadi akak tu teruskan kesibukanya. Dia terus tolong fotostatkan bahan-bahan saya bawa tu. Lega...

Saya pun faham, kerja akak tu pun banyak. Tak patut sebenarnya saya minta dia fotostatkan segera bila dah nak masuk kelas dalam masa sejam lagi. Mujur dia nak membantu.

Tengah berdua dengan Nazif ni pula saya yang kena bodek. Nazif buat muka comel, berkali - kali nak selak baju mamanya... dia saja-saja nak asah giginya. Adoi. Tak pe, yang ni pun bodek yang dibenarkan...

Nazif ni pandai.. kalau ada uncle intan payung ni, dia pandai bodek unclenya dukung dia...kalau masa makan, mamalah yang seronok....

Comments

  1. Wah dpt cekelat.. Rajin terus akak tu bantu. Tu tandanya dia hargai walau dlm kesibukan:)

    Amboi asah gigi? Glurp

    ReplyDelete
  2. Ohho bodek itu adalah keperluan dalam kehidupan. Yer la kalau nak minta sesuatu, apa salahnya minta elok2 orang pun senang hati nak buat kan. Better bodek dari mengarah macam boss.

    ReplyDelete
  3. Rasanya bodek utk kebaikan tak salah kot..hi hi

    ReplyDelete
  4. zaim pun start nak tumbuh gigi..

    ReplyDelete
  5. Itu bukan bodek kot.... tapi seni daya pujuk.
    Ya lah... I rasa pun, kalau jadi kerani sekolah mesti penat yg amat.
    Klu 10 org guru mintak tolong benda yg sama... bayangkan..
    Jadi, Cikgu2 mmg kena pandai la ambik ati diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pun.. kalau tak kena masanya akak kerani ni macam lagi tinggi pangkatnya.. super power.. jadi.. kami mng kena ada seni daya pujuk.

      Delete
  6. Nazif ni ada iras uncle intan payunglah AN....
    Agaknya apalah yg mama Nazif bodek ngan papa Nazif yeh....hehe

    ReplyDelete
  7. tak pe.sekali sekala bodek gitu.akak tu rasa di hargai..hehe

    ReplyDelete
  8. Hihihihi. Bukan membodek sgt, tp menghargai. Saya pun selalu mcm tu. Sesekali belikan breakfast. Ajak lunch. Makan biasa2 je kat opis. Tapi, nanti mereka rasa dihargai.
    Memang la kerja depa kan... tapi, lain hasilnya bila org buat kerja ikhlas. Kita juga yg senang =)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?