Teacher's Day : termenjadi

Selamat menyambut Hari Guru kepada semua rakan guru dan pensyarah yang pernah ajar saya.
Selamat Hari Guru juga untuk semua rakan guru saya. Rasanya jasa baik korang memang tak terbalas.

Kali ke enam menyambut Hari Guru tahun ni. Saya sebenarnya tak sangka sampai juga kali ke enam, sedangkan sejak tahun 2007 lagi, saya selalu terfikir untuk berhenti kerja, kononnya kerja ni tensen, tak suka dan macam-macam alasan lagi lah..haha, bertahan juga enam tahun nampaknya. Kalau anak seusia ni tentu dah masuk tadika dan dah banyak belajar.

Mungkin juga perjalanan kerjaya saya ni macam anak yang lemah atau sederhana. Banyak kekurangan saya, banyak sangat. Saya sedang cuba untuk menyesuaikan diri walaupun taklah secekap rakan lain yang sememangnya otai dan bijak pandai mengawal dan mengajar anak-anak murid  masing-masing.

Saya nak berterima kasih kepada mak saya yang banyak sekali mendorong saya ke arah kerjaya ni. Macam ucapan pulak ye, bukan saya nak diberikan anugerah pun. Tapi, mengenang kembali saya disuruh memohon bidang ni dahulu, saya rasa 'termenjadi guru' ni mungkin juga satu anugerah untuk diri saya ni. Banyak pengalaman dalam enam tahun ni yang mendidik dan mematangkan diri saya sendiri sebenarnya. Sama banyak saya mengajar dan diajar.

Orang lain takkan tahu gigihnya saya melaung, menjerit dan mencegilkan mata di kelas untuk kawal murid nakal di samping cuba perbesarkan suara sopan dan halus yang ada. Satu penyiksaan bagi saya sebenarnya. Rasa macam satu lakonan je, satu sandiwara yang dibuat dan saya rasa budak pun ada yang tak percaya lakonan saya. Namun, gitulah lumrahnya kehidupan seorang guru lemah seperti saya.

Lagi-lagi, sejak ada anak sendiri, rasanya diri ni semakin insaf. Perasan sebagai ibu juga buat saya lebih prihatin di kelas. Dulu, rasanya banyak kenaifan saya ni. Kini, saya selalu letakkan diri ni sebagai ibu bapa murid sebagaimana yang saya ajar di kelas. Takut sekali memikirkan kalau Naim atau Nazif jadi budak yang nakal atau tak pandai. jadi saya cuba yang terbaik untuk mendidik anak murid saya.

Kita sama-samalah berterima kasih kepapa para guru kita ye.. Banyak jasa diorang kepada kita. Kepada Allah, saya doakan semoga selalu diberikan hidayahMu, semoga hambamu ni tak salah langkah...

Comments

  1. Selamat Hari Guru Aisy...
    Jegil mata, menjerit ke apa tapi itulah demi tugasan utk mendidik. Syukur dapat berada di taman-taman syurga sebagai tempat mencari rezeki. Besar ganjarannya...

    ReplyDelete
  2. hihihi... macam-macam kerenah kan. apa yang kita termenjadi, itulah sebenarnya rezeki kita.

    saya memohon kpli 3 kali. dua kali di reject, 1 kali diterima tetapi pintu hati tertutup ketika itu. sesekali menyesal kerana terasa menolak tuah.

    kerjaya guru skrg tak macam dulu. anak2 skrg terlalu advanced. maka guru pun kena ikut arus tersebut.

    ibu dan bapa saya guru. berkhidmat dengan pengetua yang sangat komited, maka tiada istilah cuti sekolah. mengajar pagi, kelas tambahan petangnya. stress juga menjadi anak cikgu...

    bukan bebanan kerja yg menjadikan 'tuah' kerjaya cikgu. tetapi keseronokan mendidik anak. kepuasan bila apa yang diajar menjadi. dalam pada itu, pastinya stress bila berhadapan dengan budak-budak yang bukan nakal tetapi ...

    jadi, dalam kerjaya sekarang, saya pasti, inilah rezeki saya. sama juga dengan awak. kalau stress, itu je yang saya pegang. ada juga termimpi untuk berhenti kerja, tapi, sudah ketentuan Allah, kita termenjadi apa yang terbaik untuk kita.

    panjang pulak. selamat hari guru =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha. Terima kasih atas ulasan yang panjang.. Boleh bagi markah A++ ni..

      Betullah kata MA, yg termenjadi ni adalah takdir terbaik utk kita.. Saya pun selalu positifkan diri dgn ayat tu..

      Sakit sikit boleh baik kalau masuk kelas, tau... Tu yg saya heran..

      Delete
  3. Selamat Hari Guru ye kak..
    Besar pengorbanan seorang guru ni :D

    ReplyDelete
  4. Ada juga istilah termenjadi tu :)
    Memang dah ditakdirkan rezeki AN utk jadi pendidik... Sedar2 dah enam tahun bergelar cikgu :)
    Insya Allah, semoga usaha murni AN mendidik anak2 tu mendapat tempias utk anak2 AN bila mereka besar nanti :)

    bila baca kisah ni teringat kat seorang kawan saya yang pergi temuduga KPLI tanpa bawa sebarang dokumen pun. Bila penenuduga tanya, dia jawab, "Saya tak nak jadi cikgu, tapi mak saya yang suruh saya datang". Dan memang rezeki dia, sampai sekarang dia jadi cikgu dan dah makin suka dipanggil cikgu :)

    ReplyDelete
  5. hurmm teringat kat cikgu2.... huhu hanya allah dapat membalas jasa kalian

    ReplyDelete
  6. Arwah ayah I pun dulu berharap sgt I jd pendidik mcm kakak2 & abg2 I yg lain.... tapi mmg dah takdir dari loh mahfoz lagi I tak TERmenjadi. :D

    ReplyDelete
  7. selamat hari guru cikgu..aah..betullah..perasaan sedih akan ada bila kita letak student tu macam anak kita kan!

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Guru AN...jasa anda memang dikenang hingga ke akhir hayat!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?