Posts

Showing posts from August, 2012

Kebetulan atau berkat ramadan ?

Sebelum ni saya pernah menulis satu entry tentang sebuah drama slot cerekarama yang sangat mencuit hati saya. Tapi korang nak tahu tak? Antara babak yang terdapat dalam drama tersebut, baru-baru ini telah berlaku kepada saya juga.

Kesnya, lebih kurang 4 hari yang lalu, kakak saya di kampung menelefon saya untuk memaklumkan menerima satu bungkusan yang mana di dalamnya mengandungi sebuah telefon bimbit model lama, 3310.. Gelak saya dengar cerita ni. Kak Long memaklumkan lagi, telefon tu nampak terlalu usang dan tak boleh digunakan pun. Yang menambahkan kelakar lagi, nama saya dan alamat penuh saya pun tak lah lengkap. Cekap betul kakitangan Pos Malaysia ni, boleh juga sampai bungkusan tu.

Itulah yang buat saya terfikir sama ada adakah kejadian ni cuma kebetulan atau kerana berkat ramadan ni yang telah menginsafkan insan tersebut. Bila difikirkan, saya pernah kehilangan telefon model tersebut pada suatu masa dahulu. Hilang tu ketika solat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Tapi dah lama s…

Tengok aje pun sayu...

Nampaknya ramai orang sudah mula meninggalkan bandar dan balik ke kampung halaman masing-masing ye.. Jiran-jiran sebelah rumah saya pun tak terkecuali. Akak sebelah ni baru je tadi bertolak balik. Jeles tengok. Jiran lain yang rumah kat hujung pun dengar ceritanya dah balik lepas buka puasa semalam. Makin lenganglah kawasan ini nampaknya..

Walaupun sedih mengenang nasib diri, (tetiba lak), namun kepada semua yang dalam perjalanan balik ke kampung, sila pandu kenderaan anda dengan berhati-hati ye... Selamat hari raya Aidilfitri buat semua.

Bila masa sesuai nak kuruskan badan selepas bersalin?

Semua ibu yang melalui fasa bersalin tentu nak cepat-cepat kurus, kan? Angkat tangan siapa tak nak? Setahu saya, tak ramai yang macam Aisywarya Rai yang daripada badan model tak kisah gemuk selepas beranak. Kebanyakan kita ni tak kisah kalau membesar sikit, tapi kalau badan macam masih mengandung lagi tu tentu ramai yang dah mula risau, kan?

Semasa hari kelima saya ada timbang berat, aritu berat 50kg, turun 6kg lebih daripada sebelum bersalin. Alhamdulillah, walaupun ni bukan berat yang dikehendaki, rasanya saya boleh perlahan-lahan turunkan berat selepas ini. Lagipun anak menyusu, kalau mamanya terlalu jaga makan, nati tak cukup susu badan lak kan? Bukannya saya makan banyak pun dalam pantang ni.

Jadi, saya merancang nak tunggu badan lebih sihat sikit iaitu selepas habis pantang baru nak diet untuk turunkan berat badan seperti dulu, 45kg... Cubalah kalau dapat. Masa melahirkan Naim dapat turun hingga 45kg je, walaupun berat lama 41-43kg sahaja. Itu dah biasakan? Ramai yang cakap mem…

siapa jaga korang masa berpantang?

Kali ni saya nampaknya kena berpantang di BSP dulu sebelum balik ke kampung. Mau taknya, kampung Kelantan bukan dekat, nak balik dalam masa terdekat mak tak bagi sebab dia takut sakit badan. Katanya elok saya rehat di sini dulu kemudian balik lepas hari ke 10. Esok dah hari kesepuluh, tapi disebabkan mak suruh balik dengan kapal terbang dengan alasan tak lama perjalanannya, tak dapatlah balik esok, sebabnya dah tak ada tiket. Pagi raya baru ada tiket. Mulanya kira ok lagi balik pagi raya, tetiba suami saya pula pujuk tunggu sehingga raya kelima sebab maknya akan balik dari Mekah pada hari raya keempat..

Nampaknya kali ini memanglah saya kena pantang  sendiri. Selama lima hari ada anak buah yang datang tolong jaga baby Nazif. Hari ni suami je yang teman. Berbeza dengan pantang anak pertama yang tak ada buat apa, kali ni kena berdikari sikitlah nampaknya. Nasi , air atau biskut yang nak dimakan saya sediakan sendiri.Kadang-kadang adalah yang tolong masak nasi untuk saya. Saya juga meman…

Reaksi abang kecil mendapat adik

Kali ni saya nak ceritakan pengalaman menemukan Naim dengan adiknya buat kali pertama. Naim mula jumpa dengan adiknya pada petang hari ketiga. Naim kelihatan malu-malu pada waktu tu. Kami cuba mengajar dia menerima kehadiran adiknya..kami panggil dia datang dekat dengan adik kemudian suruh dia tengok adik..kemudian kami perkenalkan Nazif sebagai adik dan minta Naim cium adiknya.

Kali pertama dan kedua Naim tak nak, tapi selepas itu Naim mula nak mencium adiknya.. Melihat Naim menjadi abang pada usia dua tahun lebih ni buat saya terharu. Rasanya Naim kecil lagi. Dia macam biasa dengan sikap murah hatinya, cuba nak kongsi macam-macam dengan Nazif. Diambilnya telefon papa dan mamanya, berkali-kali ingin tunjukkan video Upin Ipin, 1 Malaysia dan lain-lain video kegemarannya di youtube kepada adiknya.. Akibatnya adik yang sedang tidur tentulah terjaga.

Jadi, kami melaranglah Naim daripada menayangkan video tersebut..Naim mengamuk, marahkan papanya bila dia ditegur. Siap dia pukul lagi papa…

Pengalaman bersalin secara pembedahan kali kedua

Pengalaman bersalin kali ni memang penuh dugaan . Namun bagi saya syukur banyak kepada Ilahi kerana masih merahmati saya dan memberikan kekuatan kepada saya untuk menempuhi detik detik ini.

Saya mula mengalami kontraksi pada malam menjelang 5hb. Pada pukul 12malam saya tak dapat tidur kerana mula rasa sakit. Bila sakit yang dirasa ni hilang sekejab saya dapatlah melelapkan mata sekejab. Tapi bermula pada pukul 2.45 pagi saya mula merasa sakit yang tak boleh nak tahan lagi. Dalam hati mula berfikir adakah detik yang dinanti dah tiba. Sakit yang dirasakan ini berterusan sehingga pukul 5 pagi, lalu saya buat keputusan untuk ke hospital. Sebelum tu, saya dah pastikan suami bersahur supaya ada tenaga untuk menghadapi hari esoknya.

Bila tiba di hospital, sakit masih lagi berterusan, tapi belum lagi keluar air ketuban atau pun darah. Doktor yang bertugas memaklumkan bahawa baru 2cm bukaan, lalu saya diarahkan masuk ke wad sementara menunggu bukaan lebih besar. Sakit on dan off ni berterusan…

Memperkenalkan ahli baru

Image
Assalamualaikum semua...
Rasanya dah beberapa hari blog ni sunyi sepi. Sebelum bercerita panjang, elok kiranya saya maklumkan saya saya telah selamat melahirkan anak kedua pada pagi Selasa yang lalu..

Ini lah wajah putera kedua yang saya nanti nantikan..sepatutnya dah lama saya buat entry tentang ni kerana hari ni sudah masuk hari keenam umur bayi. Tapi malangnya keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, hari ni barulah terasa lebih sihat sedikit berbanding sebelum ini.


Jangan komplen dulu!!

Petang tadi saya ajak suami ke Maydin USJ. Sebelum balik kami ke restoren nasi kandar untuk tapau murtabak. Belilah satu keping murtabak daging dan lagi satu murtabak ayam.

Masa bayar suami nampak biasa je. Bila dah masuk kereta, mulalah dia komen.."Sedap sangat ke murtabak ni, sampai RM 6 sekeping?"... Tau saya jawab ape, " ala, standart kedai mamak la abg, lagipun ramai kawan-kawan kat sekolah ayang cakap murtabak sini sedap". Suami pun diamlah.

Nak dijadikan cerita, masa buka tadi saya pun potong lah murtabak ni jadi kepingan kecil-kecil. Naim banyak betul makan murtabak ni. " sedap", katanya. Reaksi papanya bila Naim makan banyak tu...." Naim suka ea murtabak ni, nanti papa beli lagi"...

P/s : demi anak....

Budak-budak sekarang beraya macam 20 tahun dulu tak?

Image
Sebenarnya tadi saya terfikir tentang sambutan raya. Saja terkenang pengalaman masa kecil dulu. Sebagai kanak-kanak, perayaan ni satu perkara besar yang ditunggu-tunggu. Banyak perkara yang kena buat. Kadang-kadang terasa penat kena tolong mengemas atau masak. Maklumlah sebagai anak kelima, kakak-kakak saya selalunya akan balik menjelang dua hari perayaan. Saya yang kecil inilah yang kena tolong mengemas. Terpaksa, sebab sebagai adik kecil, kena dengar arahan orang lebih besar, kan?

Dulu, sebelum rumah kat kampung guna sofa, kitaorang guna kerusi jenis pakai kusyen yang kena tukar sarungnya. Korang dapat bayangkan tak? Mesti pernah duduk kat kerusi ni kan? Ha, kalau budak kecil kena tukar sarung baru yang cantik sikit pada malam raya, penat tau..... Mulalah nak buat muka masam, sebab kadang-kadang sebagai budak ada keinginan nak main-main dengan bunga api ,atau lain-lain. Kalau ada anak buah yang bantu pun diorang takkan bantu lama sebab bosan kerja ni.

Bila dah besar sikit, tugas s…

Tahniah Chong Wei

Alhamdulillah Chong Wei menepati ramalan ke final badminton Olimpik..Gembira kita sebagai rakyat Malaysia, akhirnya ada juga atlet kita yang masuk final. Paling tak pun dapat pingat perak kan? Tapi, semoga dapat emas, lagi lah syok. Bukan calang calang orang boleh bawa balik pingat emas Olimpik ni.

Semoga Chong Wei akan buat yang terbaik nanti, walau siapa pun lawannya..

Kesian Naim

Pagi-pagi lagi Naim dah benjol sikit di dahi dia.. Ni sebab masa kami bersahur tadi, tiba-tiba terdengar bunyi kuat dari tingkat atas. Dah agak ni ada kena mengena dengan Naim. Cepat-cepat saya terhegeh-hegeh panjat tangga ke tingkat atas. Apa lah ayat tu.. Faham-faham la pergerakan orang yang lagi tiga hari nak sampai tarikh bersalin ni.

Agaknya sebab tengah nyenyak tidur, kedengaran Naim mula menangis bila saya dah nak masuk bilik. Matanya masih tutup, tapi mulut dia merengek sakit. Alahai, sian anak mama sorang ni.. Sorry ye sayang, hari ni lupa nak letak bantal kat tepi Naim. Naim ni kadang-kadang memang lasak tidurnya. Tapi sejak dah besar ni tak pernah dia jatuh katil. Masa mula belajar merangkak dan berjalan dulu pernahlah dua tiga kali dia jatuh katil. Tu sebab tengah nak meneroka kira biasalah, ramai bayi lain yang gitu. Entah kenapa tadi. Nak kata aircond sejuk sangat yang menyebabkan dia bergerak nak cari orang, nak himpit, taklah juga. Macam biasa je. Kebetulan dengan mam…

CUEPACS cadang imbuhan tetap perumahan diselaras

Sokong sangat isu ni....

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mencadangkan penyelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan untuk semua penjawat awam

Turut dicadangkan ialah pelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300 pada masa ini serta cadangan menaikkan elaun tetap keraian.

Lumrah jadi penjawat awam macam nilah, harapkan elaun macam ni nak tambah gaji. Taklah macam pekerja swasta, bonus tahunan pun beribu-riban. Tak heran duit ciput macam ni, kan?

Dah mula nakal

Korang balik kerja petang macam mana? Jalan sesak teruk tak di bulan puasa ni? Tertekan tak dengan situasi ni? Dahla nak kejar masa untuk berbuka kan? Kalau korang yang lalu Persiaran Kewajipan, memang tahulah macam mana sesaknya. Dengan pembinaan LRT yang dikatakan akan siap awal tahun depan, hampir sepanjang laluan tu ditutup menjadi dua laluan je. Orang yang nak lalu pulak ramai bebenar, jadi tak payah pertikailah kesesakannya.

Jadi, alternatifnya, sejak bulan puasa ni saya mula balik ikut Jalan USJ 16, iaitu jalan yang memang sejak azali sesak juga. Tapi disebabkan tak ada traffic lights, jalan ni sedikit cepat berbanding jalan utama tu. Tapi kalau jalan ni, paling bengangnya cukup ramai orang yang suka potong barisan untuk masuk ke jalan ni dari Persiaran Tujuan.. Semua nak cepat nak mudah je.

Tapi sejak dua hari ni, saya pun dah mula bijak. hehe, ni erti kata lain dah jadi jahat. Tak lagi sopan ikut giliran, tekan minyak terhegeh-hegeh, sikit-sikit dan biar je orang lain potong…

Fakta kuih yang lucu

Image
Sumber : FB

Colek pauh & colek malas

Image
Tadi jenguk ke dalam peti sejuk yang tak berapa banyak isi kandungannya tu ternampaklah sebiji pauh @ mangga nama bandarnya. Ni sebenarnya buah yang lebih daripada kerabu mangga yang saya buat minggu lepas. Elok lagi buahnya..

Sebiji pun sebijilah, daripada membazir elok dimakan, kan? Jadi, apa lagi, saya ambil pisau, kupas kulitnya dan potong kecil. Ni orang kelantan panggil colek. Colek yang mudah nak disediakan. Sebab malas dan buahnya sikit je, saya tabur je garam gula dan kemudian curahkan kicap manis ke atas mangga ni.. kemudian ngap je..

Habis citer colek pauh, jom kita tengok colek malas lak. Orang kelantan tahulah benda ni apa.  Korang  yang tak tahu, sila tengok gambar je. Yes, betul. Colek malas ni sebenarnya ialah cucur udang. Orang kelantan ni memang bagi nama makanan unik kan? Hehe, puji negeri sendiri lak. agaknya colek malas ni dapat namanya sebab mudah nak disediakan.. Tapi yang saya makan ni cucur udang segera je.. Memang sesuailah nama cucur ni colek malas sebab ora…

Bazar ramadan tak ada nasi tomato...

Ada ke patut bazar ramadan di BSP ni tak ada jual nasi tomato? Setakat 12 hari puasa ni memang saya dan suami pernah pergi ke bazar ni cuma satu kali je. Tu pun jalan sikit je sebab nak cari air je..

Hari ni je tetiba terasa tak nak masak dan malas nak berbuka puasa di luar. Hari kerja selalunya saya atau suami akan masa, dah letih nak tawaf bazar ataupun nak melangut di restoran yang selalunya akan penuh sekiranya tak ditempah awal-awal. Kononnya nak beli je di bazar yang berdekatan ni, malang lak tak ada nasi tomato yang dikirim.

Suami telefon saya semasa dalam perjalanan balik tadi, maklumkan tak ada jual nasi tomato kat sana. Alahai, jual ape je? Biasanya kat bazar bazar lain, nasi tomato ni memang banyak sangat kan?

Alahai...adoi

Tak elokkan mengeluh di pagi hari macam ni? nanti rezeki lari kan? Sebenarnya bukan saya nak mengeluh betul pun.. Perasaan bercampur sebenarnya pagi ni. Mulanya memanglah terasa sedikit keciwa sebab masih lagi sihat pagi ni, maknanya masih lagi kena pergi ke sekolah hari ni. Selain tu, syukur pun ada sebab ada kesempatan lagi nak berpuasa di hari ke 12 ni..

Apa yang buat saya terasa ralat nak pergi ke sekolah hari ni, sebenarnya sebab semalam di ketiga-tiga kelas yang diajar saya memang naik angin. Budak-budak ni, sejak sistem PBS ni macam dah kurang motivasi. Tu yang buat saya geram tu. Ada kalanya apa yang diajar diorang ambil mudah je, sebab tahu dalam PBS diorang akan diberi peluang buat sesuatu tugasan beberapa kali. Ai, bab ni nak cakap banyak pun tak boleh, saya ni bukan sesiapa. (Tapi geram betullah, menyusahkan orang je).

Kelas pertama, sementara saya panggil budak-budak yang ada kesalahan buat pembetulan kali pertama, saya bagi kerja untuk murid lain. Sebelum tu, saya dah am…

Bekalan elektrik terputus, 670 juta penduduk India bergelap

NEW DELHI - Separuh daripada penduduk India terpaksa bergelap hari ini apabila negara itu mengalami gangguan bekalan elektrik yang dianggap terbesar di dunia, mengakibatkan semua operasi terhenti dan mencetuskan suasana kelam-kabut dalam kalangan masyarakat.
Sekitar 670 juta penduduk di 19 negeri terjejas apabila tiga grid utama yang membekalkan kuasa elektrik ke negeri terbabit, mengalami gangguan.

"Gangguan bekalan kuasa ini adalah antara yang terbesar dalam sejarah dunia, mengakibatkan separuh penduduk India tiada bekalan elektrik pada
sebahagian besar hari ini," kata Ketua Pengarah Konfederasi Industri India Chandrajit Benerjee.

Sumber: Sinar Harian Online....