Posts

Showing posts from May, 2012

berguna juga FB

Tetiba tengah hari ni saya terasa FB banyak lak membantu kalau kena caranya. Sebelum ni saya rasa facebook ni sekadar bertanya dan ambil tahu perkembangan kawan-kawan je. Tambahan lagi, sekarang ni, tak berminat sangat nak menyibukkan diri di fb.


Hari ni, dengan fb saya dapat mencari adik ipar yang tengah dicari juga oleh keluarga mertua. Katanya telefon bimbitnya dah beberapa hari rosak. Rupanya daripada beberapa catatannya di Fb sebelumnya boleh digunakan untuk menjejaki lokasinya sekarang. Mujur juga dia jenis orang yang suka membuat catatan tempat yang sering lepak. Jadi, kebetulan begitu, maka saya terus menghubungi salah satu nombor telefon yang tertera. Selesailah satu masalah...lega....

aktiviti cuti sekolah dengan Naim

Image
Cuti sekolah dah bermula. Korang sekarang ada kat mana? Bestnya. Saya masih lagi ada di BSP.. Esok baru balik kg Kelantan, tak sabarnya....

Jadi, kerja seharian ialah menjaga Naim sambil mengemaskan rumah setakat yang terdaya. Naim pe lagi, memang teramat seronok sebab tak kena pergi taska.

Macam-macam permainannya sepanjang hari. Yang dia main sendiri, yang dia ajak mamanya main pun ada. Notebook dan hp sentiasa bersilih ganti jadi permainan dia. Dah boring tu, lain lak dia main. Pen digunakan conteng sana-sini. Di badan sendiri pun jadi mangsa. Periuk nasi dan stokin dari ampaian pun jadi mangsa dia.


Mahakaya Allah & kecanggihan perubatan

Wanita tanpa rahim jadi ibu

Terkejut baca isi berita dalam salah satu akhbar tempatan hari ni...betapa hebatnya kuasa Allah yang mengizinkan para doktor dan pakar perubatan memikirkan teknik perubatan seperti ini.

Sekumpulan doktor dari Hospital Universiti Akdeniz di sini berjaya melakukan pemindahan rahim ke atas seorang wanita bagi membolehkannya menjadi seorang ibu, pemindahan pertama seumpamanya yang berjaya di dunia.
Pembedahan yang dilakukan ke atas Derya Sert, 22, (gambar) yang dilahirkan tanpa rahim, pada Ogos tahun lalu dilaporkan berjaya selepas wanita itu selesai menjalani rawatan selama enam bulan.
Pemindahan tersebut dilakukan menggunakan rahim yang diterima daripada seorang wanita yang maut dalam satu kemalangan jalan raya

4 cadangan CUEPACS - Hargai 630,000 penjawat wanita

4 cadangan yang akan dikemukakan oleh CUEPECS kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan Sistem Saraan Baru (SSM) yang ditubuhkan nanti.


Bersalin di hospital swasta sehingga anak ketigaWad kelas satu hospital kerajaan untuk bersalin anak keempat dan seterusnya Cuti bersalin tiga bulan gaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh Cuti tanpa rekod 14 hari diperluas bagi urusan kecemasan keluarga terdekat

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata mereka perlu diberi kemudahan itu kerana hospital kerajaan selalu padat dan menjadi tumpuan semua peringkat rakyat serta pendatang asing.

# Kalau kerajaan mampu, apa salahnya...namun banyak kebaikan dan keburukan yang kena dipertimbangkan sama, jangan nak glamor je...banyak aspek kena fikir.. kita tengok lah apa keputusannya nanti..

tak bernasib baik atau cuai?

Image
Dua minggu berturut- turut dapat duit yang bermasalah. Nak guna balik, kantin sekolah pun tak nak terima. Tak kisahla nilainya tak banyak, persoalan sekarang ni..

Adakah tak bernasib baik atau memang saya cuai? Amik je duit baki yang diberi tanpa tengok ada cacat atau tak..


#p/s : eleh, baru RM 15 dapat duit rosak dah kecoh...... orang kaya bida no WWW 1 RM 520,000 relax je.... fuyooo, kagum akak !!!!!!!!

Menara tertinggi di dunia mula dibuka

Image
TOKYO: Menara tertinggi di dunia dan mercu tanda terbesar Jepun, Tokyo Skytree, dibuka kepada umum, semalam.
Hampir 8,000 pelawat dijangka menggunakan lif laju untuk tiba ke dek peninjau terletak di menara setinggi 634 meter itu bagi menandakan pembukaannya.

Sesetengah pelawat dilaporkan berbaris lebih seminggu untuk mendapatkan tiket ke situ walaupun cuaca Tokyo berawan semalam.

Skytree diiktiraf menara tertinggi mengatasi Menara Canton di China (600 meter).

Binaan tertinggi di dunia ketika ini ialah Burj Khalifa di Dubai (828 meter).

Skytree bertindak sebagai menara pemancar bagi televisyen dan radio, selain menjadi tarikan pelancong.
< a href="[innity]http%3A//bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs%3Fcn%3Dbrd%26FlightID%3D4535088%26Page%3D%26PluID%3D0%26Pos%3D2352" target="_blank"><img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=bsr&FlightID=4535088&Page=&PluID=0&Pos=2352" border=0 width=400 height=200>

Shopping sama-sama adik beradik ipar

Image
Cantik tak? Maksud saya tudung-tudung yang kami semua pakai....sama kan? warnanya je berbeza. Yang kat tengah-tengah tu duduk sebab nak sorokkan perut. hehe..Nak dijadikan cerita, semasa menghadiri kenduri kahwin sepupu di Melaka, Ahad lalu, kitorang masuk ke sebuah kedai tudung yang terletak di MITC Melaka. Asalnya cuma saya sorang yang tak ada tudung yang sesuai dengan baju tema kenduri aritu. Sebab tu saya je yang beli warna ungu. Kedua-dua kakak saya, kak ipar dan biras pun berkenan juga dengan rekaan tudung ni. Tu yang diorang pun beli juga, warna yang lain.

Sekali sekala membeli belah bersama memang terasa seronok. Teringat kembali kenangan semasa masih bujang. Walaupun tak beli banyak barang, tapi masa yang digunakan semasa membeli belah bersama kawan-kawan terasa menyeronokkkan. Sekarang, kalau dah bersuami dan ada anak, pergi membeli belah cuma sempat beli apa yang disenaraikan je. Kadang-kadang tensen bila nak pilih baju, kain pasang atau tudung. Bukan ape, sebabnya bila tany…

Ragam manusia

Image
Pekak kan telinga, angguk dan senyum je....

itulah respons saya, lagi-lagi dalam masa seminggu ni. Dengan kesibukan di sekolah, macam -macam yang nak diselesaikan, kadang-kadang terasa betul-betul letih. bukan letih buat kerja je, tapi mendengar macam-macam komen daripada orang lain. Ada juga saya mengeluh kepada rakan di meja sebelah. Tapi rasanya, yang lebih berkesan atau afdal ialah 
                                 Pekak kan telinga, angguk dan senyum je....

Bukan ape, buat pening kepala kita je fikirkan pendapat orang lain. Lima orang yang dijumpai, lima pendapat yang dapat. Lama-lama boleh senak kepala menerima ulasan diorang ni. Memandangkan saya ni cuma AJK yang kecil je, bukan ada kuasa pun, senyum aje lah, iyakan aje ape yang didengari....


anak kecil cenderung kepada alatan elektronik

Sama ada kita perasan atau tidak, anak-anak zaman sekarang sememangnya cenderung untuk bermain dengan alatan elektronik. Malah seawal umur satu tahun lebih pun,anak-anak telah tahu melihat rancangann kegemaran mereka di tv atau internet.. Malah tidak pelik lagi kita melihat anak-anak dua atau tiga tahun bermain permainan di i phone, galaxy tab atau i pad..

Pernahkah kita terfikir tentang kesan jangka panjang daripada senario ini. Saya tergerak hati untuk menulis entry ini kerana melihat minat yang mendalam anak saya sendiri dengan note book. Di sekolah, saya mendapati murid yang kurang bergaul dan kelihatan lemah untuk berkomunikasi dengan guru dan rakan, kebanyakkannya ialah mereka yang lebih banyak menghabiskan masa dengan internet dan permainan komputer.

semestinya kita tak ingin anak-anak kita kelihatan terasing dan tak ramai kawan apabila besar nanti. Ini mungkin kerana kelemahan komunikasi. Malah dari dari aspek kesihatan, mata anak yang terlalu kusyuk dengan alatan elektronik …

Hubungan suami isteri yang saling melengkapi

Image
Sekali sekala bila suami sakit, kita terasa juga kan? Sama juga bila suami terpaksa pergi berkursus atau apa-apa aktiviti syarikat, terasa payah menguruskan sendiri hal-hal rumah tangga dan anak. Malah, kadang-kadang kalau suami keluar minum dengan kawan-kawannya untuk dua jam pun terasa lama sangat.

Selama ni selalu gelakkan suami yang selalu telefon atau sms bertanyakan bila saya akan balik sekiranya saya ada program sekolah pada hari Sabtu, sedangkan suami di rumah menjaga Naim seorang diri. Pernah juga gelakkan suami dan perli dia yang " baru tahu macam mana tak ada isteri, payah nak survive kan?". Pada hal diri sendiri pun mengalami situasi yang sama kalau suami tak ada.

Melayan Naim sorang diri terasa mencabar betul. Kadang-kadang macam terasa dua jam tu macam lebih lama daripada biasa. Kerja rumah juga sama. Pada hal selalu komplen yang suami tak tolong buat kerja rumah, tapi bila suami keluar, nak kena buang sampah sendiri pun terasa payah. Rupanya walaupun suami tak…

Baby Fair @ Midvalley

Image
Best betul semalam. Walaupun penat dan bersesak sesak di Baby Fair Midvalley, rasanya berbaloi. Lagipun ape- ape pameran atau ekspo yang dibuat di tempat tempat besar macam tu memang la kena bersesak sebab ramai orang yang datang,kan? Betul tak?



Berbalik pada tujuan pergi, tercapai, sukses sebab ni lah hasilnya....




Alhamdullilah, dh lengkap barangan bayi sebagaimana yang diharapkan. Tambah dengan sedikit barang yang telah dibeli minggu dua minggu lepas dan barangan Naim yang masih elok, ni kira dah lengkap persiapan untuk menerima ahli keempat keluarga kami.


Bagi yang belum lagi berkunjung ke pameran ini dan berminat, arini ada lagi satu hari.....Macam-macam kelengkapan bayi yang boleh didapati kat sini. Harga pun agak murah.

#Terima kasih papa Naim kerana bekerja keras menjaga Naim sepanjang masa di Midvalley tadi. Memang penat kan? Anak abang tu bukan leh duk diam kalau di tempat awam..

Pisang sira untuk sarapan

Image
Haha....pernah tak sarapan dengan pisang sira? Tak tahu pisang sira macam mana? ni lah rupanya...


Ni pisang yang diimport dari kampung. Tetiba lak terfikir nak sira pisang ni. Di Kelantan ada menu sarapan dan minum petang macam ni.. Senang je. Potong dua pisang, kemudian di dalam periuk, susun cantik-cantik. Tambahkan sikit air, sekadar setengah cawan air. Akhir sekali, masukkan sedikit gula. Masak dengan api kecil selama beberapa minit..sedia dimakan..


# rindu makanan ala kampung ni, nampaknya dah rindu kampung...Lama tak balik. Sabar sikit aje lagi, tak lama lagi akan mula cuti sekolah. Balik kampung jom....

Mengatasi anak susah tidur

Kali ni saya nak berkongsi pengalaman menidurkan Ahmad Naim yang sedang lasak. Memang diakui oleh saudara mara yang datang bermalam di rumah, Naim memang susah betul nak tidur. Malah dia akan main sehingga ke pukul 1 malam. Lagi-lagi sekiranya ada orang datang, lagi seronok dia nak bermain. Matanya memang tahan betul. Tapi sejak menghampiri 7 bulan kandungan kedua ni, saya semakin terasa penat dan sakit-sakit belakang, jadi kami suami isteri cuba sedaya upaya nak buat Naim tidur lebih awal. Dah tidur Naim ni barulah mama dan papanya juga dapat berehat. Kalau tak kesian papanya nak melayan Naim. Kadang-kadang Naim akan bertegas nak juga main dengan mama, walaupun ada kalanya saya betul-betul letih pada hari tersebut. Ni lah petuanya.

1. Pastikan anak bermain sepuas-puasnya pada waktu siang
  Ni antara petua yang boleh dipraktikkan oleh ibu-ibu. Boleh perhatikan jika Naim dibawa ke taman permainan pada waktu petang, selalunya pada waktu malam dia lebih cepat tidur..Walaupun tak lah awal …

belian barangan bayi

Arini saya dah mula beli barangan bayi. Rasanya dah sesuai untuk mula beli sikit sikit. Lagipun dua minggu lagi bayi dah 28 minggu. Bukan beli banyak pun tadi, sebab fikirkan minggu depan kami nak pergi ke Baby Fair di MidValley. Dan ada sebahagian barangan Naim masih lagi elok dan boleh la bagi adik guna lak.. Boleh kami berjimat...hehe

Tapi seronok betul tadi.. Barangan bayi ni cantik cantik. Kecil dan comel. Ikutkan hati nk beli banyak, tetapi kalau baju dah tahu bayi akan cepat membesar, baju tak leh pakai lama. Betul kan? Yang ada pengalaman akan tahulah.

satu-satu lah..

Image
Lama betul tak tulis entry tentang Naim. Tetiba malam ni terasa nak ceritakan peristiwa pagi tadi.. Naim dalam 2 minggu ni memang banyak makan. Tak macam sebelum ni yang payah tul nak makan walaupun dua suap nasi.. Sejak dua minggu ni, walaupun baru bangun tidur, kalau diberikan makanan dia akan makan. Badan pun dah bertambah bulat..

Pagi tadi, Naim bangun dah pukul 10.30 pagi. Ape taknya, malam tadi dia tidur kul 1 lebih sebab nak main je. Jadi, mamanya ni apa lagi, pikirkan tengah kejar masa, nak hantar Naim ke taska dan pergi ke sekolah awal. Jadi, bangun je terus keluarkan roti canai. Sementara tu, Naim minta nak menonton Upin Ipin di YouTube. Layan juga, dengan syarat dia tak buat hal. Sambil dia tengok gelagat nakal Upin Ipin ni, saya suapkan roti canai sedikit demi sedikit. Elok je dia makan sambil menonton tu..

Dah beberapa suap, saa mula suapkan dengan cepat sebab takut lambat nak bersiap. Dia belum mandi lagi..Saya lak belum pakai baju kurung lagi..Tau tak ape respons dia bila…

Tahniah Ustaz Don

Image
Ustaz Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 28, pengendali program 30 Minit Ustaz Don yang bersiaran setiap Isnin sehingga Khamis, jam 10 malam di TV AlHijrah. Minat ustaz ni...Tahniah kerana sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga dengan pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir, dalam masa terdekat...

Harley Davidson yang hilang ketika tsunami di Jepun ditemui terdampar di Kanada

TOKYO: Sebuah motosikal Harley Davidson yang hilang apabila tsunami melanda Jepun tahun lalu, ditemui di sebuah pulau di Kanada, kira-kira 6,400 kilometer dari tempat asalnya.
Motosikal yang sudah berkarat itu ditemui dalam kontena besar berwarna putih, tempat pemiliknya, Ikuo Yokoyama menyimpannya.

Yokoyama dijejaki menerusi nombor plat motosikal itu, lapor Fuji TV.

“Tidak salah lagi ia milik saya. Ia sungguh menakjubkan,” kata Yokoyama kepada Nippon TV apabila ditunjukkan gambar motosikal itu.

Motosikal itu adalah antara barangan pertama hilang akibat tsunami yang tiba di pantai barat Amerika Utara.

Mac lalu, seorang lelaki Alaska menemui bola sepak dan kemudian, sebiji bola tampar.
Pemilik mereka dikesan minggu lalu menerusi nama yang terdapat pada bola itu. Warga Kanada, Peter Mark yang menemui motosikal itu memberitahu Fuji TV, dia tidak percaya barangan seperti itu akan menyeberang Lautan Pasifik.

Menurut laporan, dia menemuinya pada 18 April di Pulau Graham, di luar pantai B…