Posts

Showing posts from April, 2012

2 juta rakyat Malaysia berisiko hidap diabetes

Berakhir sudah hari karnival sekolah. Penatnya tak leh nak cakap. Dengan cuaca panas dan tak berangin tadi, saya asyik tengok jam aje.. Jam kul 3.15 ptg, terus mula kemas gerai. Barangan ada yang tak habis walaupun banyak dah yang dijual pada harga lelong sebelum tu..

Tadi terbaca artikel di utusan online...saya tertarik dengan kajian 2 juta rakyat Malaysia berisiko hidap diabetes... Memang ye pun, kan? Kalu kita tengok memang masyarakat kita sekarang gemar makanan yang menyumbang risiko diabetes...

"Kementerian mendapati bahawa 6.2 juta rakyat negara ini kini mengalami
lebihan kolestrol, 2.5 juta menghidapi obesiti dan 5.8 juta berhadapan tekanan
jiwa," katanya. - BERNAMA

Tengok aje lah masa karnival tadi.. rata-rata yang datang lebih banyak memilih makanan yang kurang sihat.. kita sebagai penjual pun dalam dilema nak jual yang tak berapa sihat tapi untung banyak ke jual makanan sihat walaupun tak banyak untung ?

Akademik vs Kelakuan?

Image
Minggu yang sibuk dengan pre-sale dan Hari Karnival ni, macam-macam pengalaman dah didapati. Antara perkara yang buat saya kagum ialah, pelajar yang nakal, yang selama ni kata dalam kelas dia malas betul nak buat kerja sekolah, dia suka bersembang masa saya mengajar, ala kira budak yang bermasalah, tapi semasa hari pre-sale, budak ni rajin membantu cikgu, malah yang kagum lagi sanggup lak bagi sumbangan duit dan barang untuk cikgu berniaga.

Kagum tul. Nak bandingkan budak lain, yang kita tengok dalam borang maklumat, mak ayah diorang kerja besar, gaji berpuluh ribu tapi kedekut nak menyumbang. Tu kira oklah, sebab bab sumbang ni hak masing-masing kan? Tapi ada yang lagi dasyat, tak bagi langsung anak beli kupon.....sabar aje lah..

Hari Karnival dan usaha cikgu

Image
Dua minggu ni saya memang sibuk dengan urusan mencari dana sekolah atau lebih tepat lagi dipanggil Hari Karnival. Ni kira macam Hari Kantin masa kita di sekolah dulu-dulu. Kawasan Usj ni panggilnya Hari Karnival.Sementara nak tunggu 29hb ni macam tak tenang datang sekolah. Apa taknya, macam-macam usaha yang dilakukan untuk hari-hari pra jualan. Setiap hari, macam-macam yang dijual oleh cikgu-cikgu..

Tau saya lak jual apa? Dengan dana kelas yang ada ( anak murid bagi sumbangan sikit-sikit), saya jual .......................


Tapi penat tul walaupun jual benda ni je... Nak kena sediakan bahan ni awal-awal lagi. Datang sekolah memanglah anak-anak murid kan tolong jual. Tapi diorang ni bukan reti pikir untung rugi, tau jual je. Dengan kawan-kawan bagi harga murah, geram tul!!!!!!!!! Macam mana nak capai target RM3000 kalau asyik jual murah!

Sabar aje lah nak tunggu 29hb ni....wish me luck k...
Ai, jadi perempuan mengandung ni kerap tul terasa lapar. Tulah pasal, orang lain, lain pulak alahannya...Macam mana berat tak naik 3.7kg sebulan...ai, mujur je tak ada masalah yang lain walaupun berat naik banyak ni.

Tau doktor pesan ape? "Puan elakkan makan lewat malam. Klau lapar sangat pun, puan makan sekeping dua biskut kering dengan susu low fat"....  mana lalu nak makan macam tu....haha..

Jadi, setakat ni plannya dan yang sedang dibuat seminggu ni ialah masa makan malam saya ambil nasi sikit dengan sayur dan lauk yang banyak. Lagi satu, kurangkan makanan yang manis... Pilih snek yang sihat, iaitu buah atau benda yang tak manis...

Sabar, sabar....

Yes or not.....

Image
If you don't go after what you
want, you'll never have it. If you
don't ask, the answer is always
no. If you don't step forward,
you're always in the same place.

Lama menyepi

Wah lama tul tak menulis di blog ni. Menyepi ni bukan apa sebenarnya, tetiba di bulan Disember yang lalu macam kehilangan mood nak menulis. Rasa tak bersemangat nak mengadu kasih dan mengeratkan perhubungan, hehe..Diam tak diam tempoh 4 bulan menyepi ni, arini terasa lak berkobar-kobar semangat nak aktifkan kembali blog pink ni.

Hai kawan-kawan, kalau lah ada yang masih setia nak membaca tulisan di blog ni.. Sepanjang menyepi ni, ada sekali sekala yang saya bw ke blog kawan-kawan. Sedikit sebanyak perkembangan anda semua ada juga saya ambil tahu. Sebenarnya tempoh menyepi ni juga mungkin disebabkan kerana tahap kesihatan dan mood yang tak menentu. Hehe, nak kena bagitau yang saya dah mengandung kali ke dua. Sekarang dah masuk minggu ke 23.

Alhamdulillah, alahan penat je yang banyak. Alahan lain tak ada, kecuali sewaktu di awal-awal dulu banyak muntah lepas makan pagi. Setakat ni pun tak pernah lagi MC sepanjang kehamilan ni. Walaupun tak larat tetap juga mengagahkan diri pergi ke sekol…