Bila tak best

Saya ni kadang-kadang kalau sakit, memang terasa nak makan macam-macam. Saja nak bermanja, sebabnya jarang jatuh sakit, alhamdulillah.. Kalau nak demam setahun sekali pun payah. Setakat selsema dan sakit tekak macam ni biasanya saya bertahan je setakat boleh bertahan. Selalunya makan stepsil atau banyakkan  air limau suam boleh legakan sakit tekak saya. Kalau tak jalan juga baru lah akhirnya pergi klinik untuk ambil ubat.

Bukan sebab saya takut makan ubat. No, no, sebaliknya saya tak ada masalah makan ubat. Saja taknak bergantung kepada ubat sangat. Kononnya nak buat badan lebih tahan serangan penyakit. Mujur juga anak saya, Naim setakat ni memang mudah sangat, malah suka makan ubat. Ikut mama dialah tu, senang jaga..

Bila tekak terasa pahit perit ni mula lah terasa nak makan macam-macam. Selalunya saya suka benda manis dan masam. Mulalah terasa nak makan kek, puding sagu atau tutti fruiti..Nak minta kek, baru je makan kek semalam. Minta epal hijau atau buat yee mee tomyamlah, agaknya..
Naim pun selera macam mama dia, suka kek manis dan masam sikit... bagus..

Korang kalau sakit tekak suka makan pe?

Comments

  1. Sakit tekak sangatlah perit, nak makan pun tak lalu, cuma akan minum banyak air masak, ais memang tak minum then kulum strepsils and so on :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setakat ni rasa perit yg lalu mkn lagi..huhu, xsedar diri

      Delete
  2. Sama ngan I... selagi boleh elakkan makan ubat mmg elakkan, kdg hubby sampai bising dia kata "menyeksa diri sendiri namanya".

    ReplyDelete
  3. Kakak kalau sakit memang tak ada selera biasa masak bubur nasi makan dgn ikan bilis goreng+kicap+bawang+cili sikit. Itu pun sebab nak makan ubat..

    ReplyDelete
  4. sama mcm hubby saya, dia seboleh mgkin xnk mkn ubat sbb katanya xelok + brlah daya thn bdn tu kuat... :-)

    ReplyDelete
  5. kalau miss z sakit tekak miss z tak suka makan ubat.. sebab miss z suka dengar suara serak2 sebab sakit tekak huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mkn ubt sebab suka dgr suara serak? menarik ni.

      Delete
  6. akak kalu sakit tekak en.azmi mesti belikan air asam jawa..hehe

    ReplyDelete
  7. Sakit tekak sukaminumais..hahaha...
    Nikmat je rasa..

    ReplyDelete
  8. Best nye tengok Naim makan. Beselera dia :-)

    ReplyDelete
  9. salam kenal dari akak.... harap cepat sembuh sediakala...

    ReplyDelete
  10. sakit tekak ?? saya suka makan halia sebab dia freshh ehe !

    ReplyDelete
  11. bes naim makan kek masam manis yeeeee..... ♥♡♥

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?