Posts

Showing posts from November, 2011

Apa yang perempuan cari pada lelaki

Tetiba nak kupas isu hubungan. Pada yang belum kahwin boleh amik perhatian tentang ni ye.


1. Lelaki yang penyayang
 Mula-mula, untuk memilih pasangan perempuan akan cari calon yang penyayang. Perempuan ni kan lembut sifatnya, yang selalu nakkan perhatian daripada pasangannya. Jadi, tunjukkan sifat penyayang dalam diri anda supaya perempuan pilihan anda tertarik.


2. Lelaki yang matang
Perempuan juga suka sekiranya lelaki pilihan mereka itu matang. Ini dapat dilihat dalam proses membuat keputusan. Sekiranya lelaki tu dapat membuat keputusan yang baik dengan tenang tanpa bantuan sesiapa, itu lagi baik.


3. Lelaki yang kukuh kewangan
Konsep kukuh kewangan ni maksudnya ada pendapatan yang tetap. Mungkin gaji suami lebih rendah daripada isteri tapi si suami tu kenalah pandai menguruskan perbelanjaan supaya tidak terlalu mengharapkan bantuan daripada isteri. Ini kena ada perbincangan daripada peringkat sebelum kahwin lagi supaya tiada masalah selepas perkahwinan.


4. Lelaki yang ada penampilan menar…

Learn from yesterday

Pengalaman semalam mengajarku supaya berhati-hati,
Peristiwa semalam juga mengajarku supaya 'prepare for the worst',
Supaya bertolak ansur dengan yang lain,
Semalam juga ku tahu sikap manusia,
Yang sanggup melakukan apa saja untuk mencapai tujuan,
Namun, ku yakin ada hikmahNya
kejadian semalam.


Ku yakin ibuku yang penyayang sentiasa di sampingku..

Padah mengantuk ketika memasak

Image
Nak jadi wartawan kejab.. . Nak tulis kisah benar ni tau. Nak berkongsi kejadian yang berlaku kepada rumah kawan yang sama-sama mengawas peperiksaan SPM. Menurut kawan kejadian ni terjadi hari Sabtu yang lalu.

Apa yang berlaku ialah salah seorang rakan serumahnya yang pada mulanya merebus 4 ketul ayam telah meninggalkan periuk rebusan itu di atas dapur kerana terlalu mengantuk. Dia yang memasak pada sekitar pukul 8 malam mula menyedari kejadian yang berlaku setelah terjaga pada pukul 5 pagi. Bayangkan 4 ketul ayam yang direbus selama 9 jam? Hasilnya bau busuk  terbakar yang tak dapat nak huraikan macam mana baunya menyelubungi kawasan rumah.

Ayam tu? Nasibnya hangus rentung la jawabnya.. daripada 4 ketul dah tinggal dua je. Itu pun dua yang hampir mereput juga. (Tah betul tak guna istilah tu nak terangkan situasinya. )

Kawan saya yang sama-sama menjaga SPM ni sebenarnya tak ada di rumah. Dia cuma balik pada petang semalam. Masih lagi terbau busuk tersebut sehingga ke pagi tadi. Yang men…

Terharu

Assalamualaikum..

Hari ni sebenarnya agak sibuk bagi saya. Pagi-pagi lagi dah keluar sebab hari ni menjadi pengiring ketua pengawas untuk mengambil soalan SPM di bilik kebal. Kena sampai di bilik kebal dalam pukul 7 pagi. Peperiksaan hari ni lak ada sampai petang, jadi habis pukul 3.30. Kemudian kena ikut ketua pengawas lagi, untuk hantar semua jawpan ke bilik kebal sekali lagi dan amik kereta yang ditinggalkan di sana.


Bila balik rumah, terus je tengok blog... Wah, terharu dah ada 100 follower... Jumlah yang jauh sikitnya berbanding blog lain, tapi bagi saya dah banyak... Sesuai dengan ayat-ayat di About Me..


Terima kasih kepada semua yang sudi menjengah ke blog saya ni. Dalam kesempatan ini saya mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan anda.. Nak saya senaraikan semua nama, rasanya memakan masa.. Yang penting saya tahu bila anda baca ni anda tahu saya terharu dengan sokongan anda semua...
Menulis kerana minat. Menulis kerana ingin berkongsi ilham. Saya tak kejar ra…

Apa, Ahmad Naim nama kampung?

Image
Korang angin tak kalau dengar orang komen nama anak kesayangan buah hati korang 'nama kampung' ? Amboi-amboi sedapnya mulut dia!

Walaupun tak melenting tapi geram juga bila ada orang komen macam tu. Anak saya, suka saya lah nak letak nama ape, kan? Si comel ni nama Ahmad Naim ada sebab. A tu sebab nama papa start dengan A. Kemudian N tu pulak nama mama dia.. Ahmad dipilih sebabnya ialah dalam buku agama dan ceramah agama ada bagitau yang nama anak lelaki seelok-eloknya Ahmad atau Muhammad. Jadi kami pilih Ahmad sebab simple dan bermakna. Lagipun ini info yang saya dengar dari Astro Oasis, yang cakap ni ialah Ustaz Hassan Din...." tugas memberi nama yang baik kepada anak ialah tugas ayah. Dan sekiranya seorang ayah itu ada 3 orang anak lelaki tetapi tiada satu pun yang namanya bermula dengan Muhammad atau Ahmad, seolah-olah ayah gagal dalam melaksanakan tugasan itu(beri nama)".

Saya pilih Naim sebab nama ni ada makna baik,tambah lagi ringkas sebutannya. Korang pun tahu…

Gaji wajib dizakat

Image
Semasa mengemaskan beg sekolah tadi, tetiba terjumpa surat ni....

Tahu tak yang kewajipan berzakat bukan hanya dikenakan ke atas petani serta pemilik ternakan lembu dan kambing tetapi juga kepada mereka yang berpendapatan tetap. Jadi maknanya semua yang bekerjaya perlu membayar zakat sekiranya setelah dikira dia didapati layak. Jadi, adik-adik pun kalau baca ni boleh tambah pengetahuan.

Sekarang ni mudah, macam-macam cara boleh bayar. Ini termasuk melalui potongan gaji, pembayaran secara dalam talian atau melalui kaunter Pusat Pungutan Zakat (PPZ). Surat kat atas tu, maknanya saya dah buat pembayaran zakat melalui pemotongan gaji..korang dah ke belum?

Perkara utama yang harus dilakukan adalah membuat pengiraan untuk menentukan sama ada pendapatan dimiliki itu layak atau tidak perlu dikenakan zakat. Kalau anda dapat surat macam ni, pihak PPZ dah tolong kita kira ikut gaji bulanan kita.. Jadi boleh pilih  sama ada setuju dengan amaun yang diberi. Ataupun nak mintak kurangkan amaunnya juga …

Wanita Hari Ini

Image
Wanita hari ini ialah wanita yang berani.
Wanita hari ini ialah wanita yang boleh berdikari.
Tak kurang juga wanita hari ini ialah wanita yang berjaya.
Bukan lagi cuma surirumah biasa, namun pelbagai kerjaya telah wanita hari ini cuba.











Wanita hari ini mampu berdiri sama tinggi dengan lelaki.Mampu melakukan hampir apa sahaja kerjaya yang dahulunya dimonopoli oleh lelaki.Malah ada wanita yang yang lebih berjaya daripada lelaki.Tak kurang juga ada wanita yang lebih tinggi daripada lelaki..Sekian..

kek keju !!!

Image
Kecur air liur pagi-pagi tengok gambar kek keju..Yum yum, dah lama tak makan kek keju..

Aha hati nak makan makanan kek keju pagi-pagi ni. Mana ada kedai buka lagi. Tapi alhamdulillah walaupun tak dapat lagi makan kek keju dah ngup roti bakar sapu kaya pun ok jugak...

Selamat pagi untuk semua dan selamat bersarapan. Makan ape ye korang pagi ni?

Jika tak mampu MENYOKONG ketika KALAH jangan BERSORAK ketika MENANG

Image
Ayat menarik ni saya petik daripada FB seorang kawan. Semasa melayan Naim tadi sempat juga saya curi-curi menyaksikan perlawanan kelayakan Olimpik tadi.

Pada mulanya perhatian tertumpu dan jiwa seronok bila pasukan Harimau Muda menjaringkan dua gol awal. Bila skuad Bahrain mula menunjukkan taring, sampai 3 gol dalam 6 minit je, mulalah buat ayat-ayat bela diri.

" Ala, kita memang tak target pun nak masuk Olimpik sebenarnya, tak pe la".

" Macam ni la orang Malaysia main, dah mendahului je mula longgar pertahanan"

Tak memberikan komen yang negatif pun sudah ok. Jangan bersorak ketika menang je...Perlawanan akhir sukan SEA di Astro Arena boleh ditonton 3,4 kali kerana menang. Namun bila kalah, terus tutup tv. Mula bagi komen kurang baik. Perlawanan dah tamat. Skuad kita pun dah berikan yang terbaik. Anggap je la ni bukan untuk kita. Teruskan menyokong....

Senyum, tak perlu kata apa-apa

Senyum, tak perlu kata apa-apa
Senyum, tak perlu kata apa-apaSejak dua menjak ni, kalau dengar je lagu ni, (entah ape tajuk) Naim akan bergedik-gedik menyanyikan lagu ni dengan bahasa dia. Perkataan dia yang jelas cuma 'senyum'.

Antara lain, lagu ni juga ada sebut ' kalau saya senyum, awak pun mesti senyum sekali'. Tapi ada orang yang mahal sangat senyuman. Entah kenapa susah sangat nak melontarkan senyuman kepada orang lain yang terlebih dahulu berikan senyuman kepada dia. Kalau dia tak nak senyum pada orang lain tu kira kau punya pasal lah, kan? Tapi, kalau orang senyum kau buat tak endah je, ini dah ada masalah ni.. kan?

Saya ada pengalaman kawan sekerja yang mahal senyuman. Tapi saya tak putus ada untuk beberapa bulan cuba senyum pada dia dengan iklhas. Selepas tu sekarang saya pun buat tak endah je bila jumpa dia. Anggap je dia memang jenis tak nak senyum pada orang lain, abis cerita.

a guy who knows to cook is really hensome guy

Image
Dah lupa kat mana saya pernah jumpa petikan ayat macam tajuk tu. Tapi ni nak citer pasal makanan tengah hari ni. Menu kami satu famili ialah nasi ayam. Yang masak ni ialah Papa Naim. Hehe, ni bukan saya ada kenakan ape-ape helah hari ni tau. Tak tipu ni. Tercetusnya idea nak masak nasi ayam sebab masa beli barangan dapur pagi tadi, terjumpa sayur ni..

Papa Naim memang suka kalau masak nasi ayam ikut resepi keluarganya. Berkali-kali pergi ke kedai nak melengkapkan bahan untuk memasak. Kena cukup lengkap semua baru leh masak. Salah satu bahan yang kena ada ikut resepi Tapah ialah sayur yang kat atas tu.

Berpeluh-peluh la papa masak. Tapi alhamdulillah akhirnya dapat kami makan nasi ayam. Terima kasih papa..walaupun 1 je masakan, tapi syukurlah. Mana tahu lain kali dia nak masak lg.  

Ukhwah

Image
Assalamualaikum semua.
Selamat menyambut hari pertama dalam tahun baru hijrah.
Sempena hari tahun baru ini, entry pertama hari ini adalah tentang semangat ukhwah.

Saya masuk ke dunia menulis di blog ni tanpa sesiapa mendorong sebenarnya. Tak ada ahli keluarga yang menjadi blogger. Tak ada juga kawan rapat yang aktif sebagai blogger. Kalau ada pun cuma seorang kawan. Itu pun saya dapat tahu dia seorang blogger selepas dia follow blog saya yang baru nak merangkak ni.



Namun, alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran kepadaNya. Melalui blog, setelah 4 bulan lebih
, saya dah mendapat beberapa kawan baru. Kawan-kawan  yang langsung tak dikenali sebelum ini.  Beberapa kawan ni sanggup berkongsi tips, pengalaman dan perasaan melalui komen dan penulisan mereka. Wujud ukhwah walaupun tak mengenali secara langsung. Terima kasih semua . Semoga ikatan yang terjalin akan lebih erat.

ingat dengan permainkan perasaan orang lain baik ke?

Image
Heran betul dengan orang yang kemain mudah melontarkan kata-kata. Kalau ada sesuatu terus berjanji akan lakukan walaupun tiada niat yang ikhlas yang menunaikannya. Kemudian orang yang sama juga dengan tak ada perasaan bersalah tak menunaikannya bila tiba masa tersebut. Apa, ingat orang yang dia janji tu kanak-kanak yang boleh buat tak kisah macam tu je.

Lagi satu hal, orang yang lain lak sesenang je melawak tentang sesuatu. Langsung tak fikir sensitiviti orang lain di sekeliling...

Dah makin berusia nape pemikiran tak jugak ubah..hati berding dong bila fikirkan..

Tanda ego atau kaedah psikologi yang berkesan?

Kalau disuruh tolong kerja rumah, si suami selalunya bagi banyak alasan. Bukan semua suami yang begitu tapi rata-rata macam tu lah. Kalau suami orang lain saya tak tahu, tapi kalau suami saya, kaedah suruh dan perintah ni memang tak jalan. Alih-alih saya jugak yang kena buat.

Tapi kalau kena cara psiko dia, semua dia boleh buat. hehe, tak jahat kan? tak juga salah ikut hukum. Tak salah berkongsi kerja rumah kan? Saya pun bekerja, masa yang ada nak uruskan rumah tak banyak.

Contoh cara yang pernah berjaya, sengaja ceritakan kisah kawan yang suaminya suka tolong isteri kemas rumah. Secara tak langsung, suami pun lebih rajin sikit tolong, walaupun beberapa hari je berkesan teknik ni. Kalau nak buat ni, cara cerita tu kena bersahaja, buat macam tak sengaja tercerita. Kalau beriya-iya nati suami perasan lak tujuan kita.. ni yang katakan ego lelaki. Bukan diorang tak leh buat sebenarnya. Dapat tahu suami orang buat dia nak pulak buat.

Lagi, masak sedap-sedap. Bila suami puji sedap, amik la ke…

Menghayati erti Maal Hijrah

Ha, semua mesti dah tahu yang esok hari terakhir bagi tahun hijrah sekarang. Menjelang Ahad akan bermulanya tahun Hijrah yang baru... Yang ke berapa ek? Ha, rasanya ada yang agak-agak tak tahu ni.. Dia tahu tahun 2011 je...amboi-amboi. Tak nak bagi tau, cari sendiri!

Rasanya kalau tak ingat tarikh tahun hijrah ok lagi, berbanding dengan orang yang langsung tak tahu lusa kita akan menyambut tahun baru hijrah.. jangan terkejut tau, memang ada orang yang macam ni...

Jadi, jangan lupa membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun esok tau..dinyatakan bahawa sesiapa yang membaca doa akhir tahun maka Allah s.w.t akan mengampuni dosa-dosanya sepanjang tahun itu. Jika selepas maghrib, sekali lagi kita membaca doa awal tahun,maka sekali lagi syaitan menyatakan celaka ke atas dirinya kerana anak adam telah mendapat perlindungan dan keredhaan Allah s.w.t.

Best bihun kari ikan salmon

Image
Pernah dibuat orang ke? Ape nak kira, dah nak masak tengah hari yang gempak-gempak, siapa je yang ada kat umah sekarang. Naim je. Bukan Naim tahu banyak makan pun. Jadi, memeras otak sambil blogwalking tadi, teringat makan mee kari ketam yang best di Seksyen 7. Pernah makan tak? best, teringat je terus terasa nak buat.

Tapi tengok stok dalam peti sejuk ni, tak ada lak bahan yang sesuai. Ikan salmon lak ada lah seketul bahagian isi.. Ape lagi, hentam aje la. Potong sikit isi ikan tu terus ceng ceng ceng...Kita yang nak makan, tak kisah la mee kari ketam jadi bihun kari salmon. haha, sebabnya mee pun tak de (sedih tul).

Jadi, hasilnya....ta da.... tak nampak menarik sangat sebab tak ada hiasan kan?  Bihun pun tak nampak. Tapi rasanya ok la, walaupun tak leh banding rasa mee ketam seksyen 7 tu.. maklum la chef tak bertauliah yang masak..

Update : Serius, tak tahu fakta ni

Image
Korang tahu tak yang akar serai sebenarnya banyak khasiat dan tak seharusnya dibuang sekiranya nak digunakan dalam masakan kita? Ini akan menyebabkan masakan kita lebih wangi. Serius akak ni tak tahu sebelum ni.. Sebelum ni, kalau tengok serai tu ada akar, terus je buang akar tu, tinggalkan batang serai je. Kononnya bersih..

Tau macam mana leh tahu? Bapak mertua yang bagi tau minggu lepas. Ari yang sama juga tengok program Masterchef Malaysia, pun ada juga tips yang sama.. Better late than never, kan kan kan??

pesanan orang tua untuk mengelak daripada menjadi papa

Pernah dengar tak pesanan yang bertujuan untuk mengelakkan daripada menjadi papa ( miskin).

1. Jangan menyapu sampah keluar rumah pada waktu malam
2. Jangan membazir makanan
3. Jangan menjahit pakaian yang sedang dipakai
4. Jangan membayar hutang pada waktu malam

Ada tak amalkan? ke sekarang zaman moden, tak perlu nak ikut lagi pesanan lama?

mula bosan

Image
Cuti baru je start. Tambahan pula ada bertugas mengawas peperiksaan Spm. Tapi dah mula rasa bosan, tak tahu nak buat apa waktu petang. Dah terbiasa bekerja waktu petang agaknya. Tak faham betul, masa kerja terasa nak cuti, tapi bila cuti dah lebih 3 hari mula rasa bosan lak...ai, manusia ni memang tak pernah cukup apa yang ada kan?

Mula lah buat rancangan nak isi masa lapang. Nak ajar tuisyen, tak ada kenal orang sangat pun di tempat baru ni.. kalau tak, boleh juga tambah duit sikit di samping isi masa lapang.

Lagi, nak balik kampung pun kena tunggu bulan Disember, sebab suami dapat cuti masa tu..sabar la dulu.

Jadi, sementara ni menulis dan berblog la yang dapat mengisi masa lapang....

macam mana nk balik kg ni??

KOTA BAHARU: Keadaan banjir di Kelantan terus bertambah buruk dengan mangsa yang dipindahkan sehingga pukul 8 pagi ini dilaporkan bertambah kepada 785 orang berbanding 416 orang malam tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata mereka terdiri daripada 189 keluarga yang dipindahkan ke 18 buah pusat pemindahan.
Mereka yang baru dipindahkan ialah seramai 35 orang di daerah Kuala Krai, 306 (Kota Baharu), 101 (Machang), 197 (Pasir Mas), 21 (Pasir Puteh), dan 125 (Tanah Merah).

Sehingga pukul 8 pagi ini, paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard melebihi paras bahaya iaitu 9.99 meter (paras bahaya 9 meter) di Rantau Panjang dan 16.12 meter (16 meter) di Jambatan Guillemard dengan paras air dilaporkan semakin meningkat.

sumber: http://www.hmetro.com.my

Jurnal syukur hari ini (1)

Image
Bersyukur kerana hari ini aku diberikan hidayahMu Ya Allah, untuk menyedari betapa berharganya anugerah anak kepadaku. Semoga aku tak leka dan mensia-siakan anugerahMu ini...  Semoga anak ini dapat ku didik dengan penuh kesabaran dan bertanggungjawab. Terima kasih Allah.

7 sebab mengapa seorang isteri itu patut dihargai.

Image
1) Kerana isteri menjadi dinding bagi seorang suami dari api neraka (suami terhindar dari perkara haram seperti zina dan sebagainya).
2) Kerana isteri sanggup berkorban menyabung nyawa semata-mata untuk melahirkan zuriat buat suaminya.
3) Kerana isteri menjadi penjaga rumah dan segala harta suami, semasa ketiadaan suami dan semasa suami keluar mencari nafkah.
4) Kerana isteri sanggup bersusah payah, berletih bersusah menguruskan segala hal dan urusan dalam rumah.
5) Kerana isteri menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anak.
6) Kerana isteri sanggup abaikan nafsu malasnya dalam menyediakan makan minum untuk suaminya.
7) Kerana isteri penghibur dikala sunyi, penerang dikala kelam dan penenang dikala tegang. Kerana isteri adalah pelengkap hidup suami.


Sebenarnya ada banyak lagi sebab-sebab lain. Tapi cukuplah saya senaraikan 7 sebab tu.
Persoalannya sekarang ialah (soalan untuk para suami) ;
Adakah anda benar-benar menghargai isteri anda selama ini? Apakah yang anda lakukan bagi membuktikan ba…

geram tul berurusan dengan kakitangan pejabat kerajaan

Situasi 1:

Penjaga: Assalamualaikum cikgu. (dengan nada marah)
Cikgu    : Waalaikumussalam.
Penjaga: Cikgu, ni saya penjaga ___________. Saya dah datang nak amik duit RM100 tu, tapi kerani tak layan. Katanya waktu rehat sekarang. Macam mana ni cikgu? Saya bekerja, bukan mudah nak datang beberapa kali. Ini pun mintak excuse dari bos daripada meeting yang sepatutnya belum habis lagi.
Cikgu    : Memang tengah waktu rehat pun sekarang ni. Cik tak boleh tunggu sebentar ke? Dah tak lama nak habis ni.
Penjaga: They all should know, we all bukan senang-senang datang ke sekolah. Saya makan gaji.

Situasi 2:

Cikgu   : Allo, ni ___________. Ada parents kat luar yang marah-marah ke?
Kerani : Ada, saya dah bagitau sekarang waktu rehat tapi dia still marah. Nak cepat aje. Tak tahu kitaorang pun nak juga rehat, time ni lah nak makan, nak solat dan macam-macam.

# jadi, mana pihak yang nak kena kita salahkan? Penjaga ke? kerani ke? ataupun cikgu? Pastinya lah penjaga tu akan pikir dan cakap " geram tul be…

setiap kata-kata ialah doa

Kita sering kali berdoa apabila selesai solat. Ada masanya kita berdoa bila ada sesuatu keinginan yang tersimpan di hati. Ada masa yang lainnya pula, kita berdoa bila ada masalah melanda. Tapi, kita tak sedar yang sebenarnya, setiap kata-kata yang lahir dari mulut kita juga merupakan doa. Jadi apa sahaja yang lahir dari mulut kita akan membawa akibat, sama ada baik atau buruk bergantung kepada positif atau negatif ucapan kita itu.

Jadi kenapa perlu kita ungkapkan kata-kata negatif yang mungkin membawa kesan tak baik kepada diri kita dan orang di sekeliling kita? Ucaplah kata-kata yang positif, kesannya juga kesan baik untuk diri dan orang di sekeliling kita.Doakanlah yang terbaik melalui kata-kata harian kita. Sesungguhnya, kata-kata yang diucapkan setiap saat tu jauh lebih banyak kesannya.

Menangis

Image
Benar ke kalau orang yang mudah menangis tu tandanya orang yang lembut hati? orang yang sukar menitiskan air mata pulak, orangnya keras hati?

perlukah kita berpura-pura menitiskan air mata kalau tak terasa sayu?

Perlukah pula kita tahan air mata sekiranya di hati terasa sesuatu?

Merajuk dia..

Berpindah ke rumah baru rupanya memang memenatkan. Memang terasa kesannya. Si Kecik, Naim pun dapat juga kesannya. Naim terasa kehilangan kawan, sebab dah tukar pengasuhnya.

Sayu hati melihat Naim menangis meraung sepanjang minggu ni apabila dihantar ke taska barunya. Cikgunya juga mengadu Naim enggan makan nasi, cuma minum susu je.. kesian, kan? arapnya Naim cepat menyesuaikan diri di tempat baru..